top of page

KEADILAN Masjid Tanah buat laporan polis pertama ke atas Najib

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 19, 2022
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Masjid Tanah membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak di atas kecuaian beliau menyebabkan waris Kesultanan Sulu berjaya dalam mahkamah timbang tara yang membolehkah mereka merampas aset Malaysia di luar negara.


Menurut kenyataan KEADILAN Cabang Masjid Tanah, laporan polis itu dibuat kerana kecuaian Najib enggan membayar ufti tahunan RM5,300 setahun selepas pengganas Sulu menceroboh Sabah pada 2013.


"Menyahut seruan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, KEADILAN Cabang Masjid Tanah telah membuat laporan polis mengenai kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.


"Dimaklumkan oleh pegawai polis terlibat, laporan daripada KEADILAN Cabang Masjid Tanah merupakan laporan pertama dari seluruh Malaysia," katanya.


Laporan polis tersebut diketuai Timbalan Ketua Cabang, Jefri Sharif, Setiausaha Cabang Asri Ibrahim dan Ketua Wanita Cabang Datin Rozila Hanum.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page