top of page

KEADILAN Maran kukuh hubungan dengan PAID, fokus kebajikan umat Islam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 1 min read
Wakil KEADILAN Maran lakukan kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran
Wakil KEADILAN Maran lakukan kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran

Bagi memperkukuh kerjasama dengan institusi agama di daerah ini, KEADILAN Cabang Maran, Pahang mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran baru baru ini dalam usaha memantapkan jaringan dakwah serta agenda kebajikan masyarakat Islam.


Delegasi cabang diketuai Timbalan Pengerusi KEADILAN Maran, Halias Abdul Aziz, disambut Kadi Daerah, Al-Fadhil Ustaz Amirul Farhan Wahi, di pejabat beliau. Lawatan itu turut disertai Naib Ketua Cabang, Mohd Afandi Mat Rani, yang juga bekas Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).


Pertemuan penuh mesra itu dimanfaatkan untuk memperkenalkan kepimpinan cabang serta membincangkan isu-isu dakwah, kebajikan dan pembangunan ummah di daerah berkenaan.


"Pertemuan ini amat bermakna kerana kita dapat menyelaras usaha dakwah, mengenal pasti keperluan masyarakat dan membina kerjasama yang lebih kukuh dengan institusi agama," kata kenyataan KEADILAN Maran.


Menurut kenyataan itu, antara perkara utama dibincangkan ialah pengurusan masjid dan surau termasuk mengenal pasti surau-surau daif yang memerlukan peruntukan baik pulih, selain memperkemas pengurusan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga miskin.


Mohd Afandi, dalam kenyataan itu, menawarkan kesediaan KEADILAN Maran menggerakkan rangkaian NGO-NGO setempat untuk memperluas program khidmat masyarakat termasuk menyantuni Kampung Orang Asli (KOA) di sekitar daerah.


Di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, usaha memartabatkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat terus diberi keutamaan, termasuk membantu pengurusan pondok tahfiz serta program dakwah dan penerangan.


Sebagai simbolik jalinan hubungan, kedua-dua pihak turut menyempurnakan majlis menanam anak pokok, diketuai Mohd Afandi, sebagai tanda komitmen terhadap kesinambungan kerjasama.


KEADILAN Maran menyatakan keyakinan bahawa hubungan mesra dan kolaborasi erat dengan PAID akan terus diperkasakan demi kemajuan dakwah dan kebajikan umat Islam di daerah Maran.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page