top of page

KEADILAN makin dapat tempat di Senadin

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
2 hours ago
1 min read
Choon Man (berbaju batik coklat) dalam satu pertemuan bersama anggota KEADILAN Senadin
Choon Man (berbaju batik coklat) dalam satu pertemuan bersama anggota KEADILAN Senadin

KEADILAN Miri terus mengukuhkan kedudukannya di peringkat akar umbi apabila mencatatkan pertambahan anggota baharu di kawasan Senadin, Sarawak.


Ketua Cabangnya, Chiew Choon Man berkata, perkembangan itu dapat dilihat menerusi pertemuan bersama lebih 300 anggota parti, termasuk anggota lama dan baharu dalam satu program baru-baru ini.


"Perkembangan menggalakkan itu sekaligus memperkukuh usaha parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata, ia memberi ruang kepadanya berkongsi maklumat terkini mengenai dasar, bantuan dan inisiatif kerajaan MADANI, termasuk proses permohonan geran serta pelbagai bantuan yang disediakan kepada rakyat.


Selain itu ia platform tersebut juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama anggota, memperkukuh organisasi parti serta mendengar pandangan dan permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.


"Kepercayaan rakyat perlu terus dipupuk melalui perkhidmatan yang konsisten, pendekatan mesra masyarakat dan kesungguhan memperjuangkan kepentingan penduduk setempat.


"Sebagai salah sebuah parti dalam kerajaan Persekutuan, KEADILAN bertanggungjawab memastikan dasar dan inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim difahami serta dapat dimanfaatkan oleh rakyat," tambahnya.


Sementara itu beliau turut menyeru anggota parti terus memainkan peranan lebih aktif sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat bagi memastikan maklumat mengenai bantuan dan inisiatif berkenaan sampai kepada golongan sasar.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri turut menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh organisasi parti serta memastikan suara dan aspirasi masyarakat kawasan itu diberikan perhatian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page