top of page

KEADILAN mahu lebih banyak sukarelawan di Wangsa Maju

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 30, 2022
  • 1 min read


Lebih banyak sukarelawan diperlukan di parlimen Wangsa Maju dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Timbalan Pengerusi Tetap KEADILAN, Mustafa Ghazanfar, demi menghadapi pertambahan pengundi di kawasan berkenaan maka tambahan sukarelawan amat perlu bagi menjalankan kerja kerja pilihan raya.


"Saya dulu tahun 2001 - 2002 masa tak pecah lagi Wangsa Maju dan Setiawangsa saya adalah Ketua Bahagian Parti Keadilan Nasional masa itu. Dalam 2006 dipecah dua Wangsa Maju dan Setiawangsa.


"Sekarang saya balik ke mari untuk sama sama kita kecapi kejayaan (kemenangan pilihan raya) yang tak lama dari sekarang. Doakanlah untuk kita sama merayakannya.


"Untuk itu kami perlukan banyak lagi sukarelawan. Tuan tuan boleh beri komitmen. Kita minta 100 sukarelawan malam ini," katanya dalam ceramah Ayuh Malaysia untuk memperkenalkan calon baharu Zahir Hassan di parlimen berkenaan malam tadi.


Menurut Mustafa yang juga Timbalan Ketua Cabang Wangsa Maju, dalam perjuangan rakyat tidak boleh berlengah. Kecekapan berjuang, kataya akan memastikan KEADILAN dan Pakatan Harapan menang di Putrajaya pada 19 November ini


"Apa lagi kita nak tangguh dalam perjuangan, kita tak ada masa. Saya mahu komitmen dari tuan tuan di peringkat parlimen ini. Agar kita dapat membantu calon yang baharu," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page