KEADILAN 'lenyap' di Sarawak: GPS jangan angkuh, rakyat makin terbuka menilai



Kenyataan pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Hamzah kononnya KEADILAN akan lenyap selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hujung tahun ini dilihat angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, biar pun Karim bebas mengeluarkan kenyataan namun beliau harus memastikan ada logik disebalik andaian tersebut berdasarkan situasi semasa politik Sarawak yang semakin terbuka.


"Itu hak beliau untuk meramalkan, dan hak beliau juga untuk bersikap sombong kerana merasakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat kuat. Kita tidak dapat mengawal mulut beliau.


"Cuma sebagai respons kenyataan beliau, kita KEADILAN Sarawak tidak terkejut kerana sudah menjangkakan sikap parti dan pemimpin seperti PBB (yang dahulunya dalam BN) sememangnya begitu kerana mereka cukup selesa dan tamak akan kuasa disebabkan BN atau GPS telah berkuasa selama 58 tahun di Sarawak.


"Walaupun KEADILAN Sarawak tidak hairan pemimpin seperti Abdul Karim mengeluarkan kenyataan seperti itu, KEADILAN Sarawak meletakkan nasibnya yang sebenar di tangan para pengundi kerana bukan Abdul Karim seorang yang menentukan nasib sesebuah parti di Sarawak," katanya.


Sehubungan itu, Abun Sui menasihatkan pemimpin PBB dan GPS mengingat semula kejatuhan BN di Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, apabila BN berasa terlalu selesa dan tidak menjangka ketidakpuasan hati rakyat telah pun mencapai tahap puncak.


"Saya masih segar mengingati kenyataan umum yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Mohamad Khir Toyo suatu ketika dulu di mana MB itu pernah berkata Selangor akan “sifar pembangkang” di dalam PRU 2008.


"Tetapi karma telah berlaku di mana akhirnya dalam PRU itu Khir Toyo pula menjadi Ketua Pembangkang sehingga beliau meletak jawatan Ketua Pembangkang pada tahun 2009.


"KEADILAN Sarawak menerima cabaran Abdul Karim ini dengan hati terbuka dan kita serahkan nasib setiap calon KEADILAN di tangan pengundi di mana pun KEADILAN Sarawak bertanding.


"Diharapkan agar PRN Sarawak berlaku dengan seadil-adilnya, bahawa rakyatlah yang mempunyai keputusan akhir di dalam peti undi bagi menentukan nasib KEADILAN di negeri ini," katanya.


Menurut Abun Sui lagi, KEADILAN Sarawak telah melakukan yang terbaik memperjuang dan membela rakyat tertindas, teraniaya dan tidak dibela oleh Kerajaan BN atau GPS, maka itu beliau sangat yakin rakyat lebih bijak menilai dalam PRN Disember ini.


"Kita juga serahkan nasib Abdul Karim yang mengaku angkuh itu di tangan para pengundi di Asajaya, sama ada akan mengundi pemimpin angkuh untuk mewakili mereka


"KEADILAN Sarawak telah membuat persiapan rapi kali ini dan berkeyakinan untuk mendapatkan keputusan lebih baik berbanding sebelumnya kerana kami telah bergerak secara satu kumpulan atau teamwork dalam persiapan menghadapi pilihan raya yang telahpun bemula, dan kini menunggu tarikh penamaan calon dan pengundian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER