KEADILAN hampir lengkapkan kuota 30 peratus wanita pembuat keputusan dalam MPP
- Suara Keadilan
- Jul 22, 2022
- 2 min read

Parti Keadilan Rakyat telah melengkapkan kouta 30% peratus wanita sebagai pembuat keputusan bagi sesi 2022 – 2025 dengan 10 daripada 37 anggota dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari kalangan wanita.
Menurut Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Juwairiya Zulkifli, kombinasi yang ideal itu akan membuka mata rakyat terhadap peranan penting yang disediakan oleh KEADILAN kepada golongan wanita.
"Seramai 37 orang kali ini telah dipilih dan dilantik untuk menganggotai Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bagi sesi 2022 – 2025 yang telah diumumkan kelmarin.
"Saya amat menyambut baik keputusan ini kerana seramai 10 daripada 37 orang perwakilan tersebut terdiri daripada wanita, iaitu hampir 30 peratus daripada keseluruhan perwakilan," katanya dalam satu kenyataan.
Lebih bermakna, kata Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati itu, KEADILAN turut berani melantik 2 wanita sebagai Naib Presiden lantikan bagi mengimbangi Naib Presiden yang dipilih anggota parti.
"Buat pertama kali dalam sejarah KEADILAN, parti keramat ini berani melakukan langkah proaktif dengan melantik dua Naib Presiden wanita iaitu YB Nurul Izzah Anwar dan Puan Saraswathy Kandasamy.
"Ini merupakan satu usaha yang pragmatik mengarusperdanakan penyertaan wanita dalam politik sebagai suara yang mempengaruhi dasar, bukan sahaja dalam peringkat setiap lapisan dalaman parti bahkan di peringkat nasional," katanya.
Beliau turut menyenaraikan nama pimpinan wanita yang menganggotai MPP iaitu, YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden – lantikan); Puan Saraswathy Kandasamy (Naib Presiden – lantikan); YB Nurin Aina @ Nor Azrina Surip (Ahli MPP - dipilih); YB Elizabeth Wong (Ahli MPP - dipilih); Puan Siti Aishah Shaik Ismail (Ahli MPP - dipilih); Puan Raiyan Abdul Rahim – (Ahli MPP - dipilih); YB Datuk Christina Liew (Ahli MPP - lantikan); YB Rodziah Ismail (Ahli MPP - lantikan); YB Senator Puan Fadhlina Sidek (Ketua Wanita – dipilih) dan beliau sendiri sebagai Timbalan Ketua Wanita (dipilih)
Justeru, Juwairiya mahu semua pihak menggunakan peluang terbaik sesi 2022 - 2025 ini untuk meneroka kejayaan lebih cemerlang buat KEADILAN.
"Saya menyeru kepada semua pihak agar reformasi ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama merangka strategi jangka masa panjang merangkumi pembaharuan undang-undang, reformasi institusi, ekonomi dan sosial untuk melindungi hak wanita dan kanak-kanak serta mempromosikan kesaksamaan gender di Malaysia," katanya lagi.
Tahniah yb
Tahniah yb Zu