top of page

KEADILAN lancar Biro Profesional Muda AMK Malaysia


KEADILAN melancarkan Biro Profesional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia secara rasmi hari ini.


Penubuhan biro ini disusuli dengan penyertaan 26 anggota profesional dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kewangan, perundangan, ekonomi, keusahawanan, sumber manusia, pendidikan, keselamatan dan kesihatan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata Biro Profesional Muda AMK akan memberi peluang kepada golongan belia profesional untuk melibatkan diri bagi membentuk masa depan negara yang lebih baik.


"Biro akan menjadi sebuah pentas yang inklusif untuk anak-anak muda profesional dengan harapan pengalaman dan pandangan berdasarkan bidang profesional masing-masing dapat direalisasikan menjadi agenda perjuangan AMK dan KEADILAN.


"Ini adalah sangat mustahak kerana golongan muda yang selalunya dapat memberi pandangan dengan pemikiran di luar kotak dan memberi gambaran sebenar tentang masalah yang dihadapi," katanya.


Yang turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Pengelola AMK, Chua Wei Kiat.


Pada masa sama, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menganggap anak muda juga perlu diberikan peluang untuk menyumbang kepada dasar pentadbiran negara.


"Kami percaya dan yakin bahawa idea dan fikiran golongan profesional muda dalam negara harus diberi tumpuan, khususnya dalam proses penggubalan dasar dan polisi negara.


"Penglibatan dalam politik juga adalah sangat mustahak untuk memastikan pandangan anak muda tidak akan diketepikan," katanya.


Biro Profesional Muda AMK juga mengumumkan satu badan pemikir akan ditubuhkan bagi menumpukan kepada dasar ekonomi, prestasi kerajaan dan isu-isu anak muda.


"Kami akan memberi tumpuan dari perspektif anak muda dan kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada profesional muda seluruh negara dalam perkara ini.


"Perbincangan dan analisa dasar akan diadakan secara berkala dan kami menyeru golongan profesional muda supaya memberi sokongan kepada usaha AMK ini dan menyertai kami dalam usaha mengangkat suara rakyat dalam proses penggubalan dasar ini," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page