KEADILAN kukuhkan jentera parti, tolak tepi isu siapa calon PM - Nurul Izzah


Isu mengenai siapa calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) tidak perlu dipersoalkan lagi kerana KEADILAN ketika ini perlu menguatkan jentera parti bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menganggap isu calon Perdana Menteri PH tidak sepatutnya menjadi fokus ahli-ahli parti ketika ini.


"Pada saya isu calon PM tidak penting ketika ini.


"Saya sendiri kembali kepada tugasan hakiki untuk memperkukuhkan jentera parti. Soal yang lain itu biarlah politikus lain melayan masalah sedemikian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat KEADILAN.


Pada masa sama, Izzah mengakui parti yang diwakilinya selama ini berdepan cabaran paling getir ketika ini, namun beliau menegaskan KEADILAN perlu memikirkan soal masa depan parti.


"Kita nak KEADILAN fokus masa depan, ia bukan soal nak menang PRU-15 semata-mata.


"Kita perlu memastikan KEADILAN mampu menawarkan penyelesaian sosioekonomi kepada rakyat," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER