top of page

KEADILAN Kuantan sokong usaha KPM perkukuh keselamatan, disiplin pelajar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 19 minutes ago
  • 1 min read
ree

Biro Pendidikan dan Latihan KEADILAN Cabang Kuantan menyatakan sokongan padu terhadap langkah komprehensif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkukuh keselamatan serta disiplin di institusi pendidikan seluruh negara.


Pengerusinya, Ustaz Tan Ibrahim berkata, usaha yang dilaksanakan oleh KPM itu jelas mencerminkan komitmen tinggi Menteri Pendidikan dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berintegriti untuk generasi masa depan.


"Langkah-langkah seperti penambahan peruntukan RM5 juta untuk pemasangan CCTV, penempatan 600 pembantu warden asrama, pengukuhan Smart Support Team serta semakan semula peraturan disiplin menunjukkan pendekatan menyeluruh merangkumi aspek fizikal, psikososial dan pentadbiran," katanya dalam kenyataan.


Beliau turut memuji usaha KPM menempatkan lebih 10,000 guru baharu serta menjalin kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuh keselamatan pelajar di sekolah.

Ust Tan berfoto bersama YBM Fadhlina
Ust Tan berfoto bersama YBM Fadhlina

"Penambahbaikan sistem SSDM dan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CCP) membuktikan Kementerian bukan sahaja prihatin, tetapi juga bertindak secara strategik dan berkesan," jelasnya.


Tan berkata, Biro Pendidikan KEADILAN Kuantan juga menyambut baik pendekatan advokasi suara guru dan murid yang diberi ruang dalam pelaksanaan dasar pendidikan, kerana ia mencerminkan semangat keterangkuman dan demokrasi dalam ekosistem pendidikan negara.


"Justeru, saya mewakili Biro Pendidikan Cabang KEADILAN Kuantan menyatakan sokongan penuh terhadap segala inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


"Semoga usaha murni ini terus diperkasa demi masa depan pendidikan negara yang lebih gemilang dan selamat," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page