KEADILAN Kuantan sokong Menteri Pendidikan, tolak budaya cercaan
- Suara Keadilan

- Oct 19
- 1 min read

Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kuantan menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kini berdepan pelbagai kecaman dan tekanan daripada pihak tertentu.
Pengerusinya, Tan Ibrahim, menegaskan bahawa pihaknya menolak sekeras-kerasnya budaya politik yang bersifat menghina, mencerca dan menekan pemimpin wanita yang berani serta berprinsip.
"Kami menolak sekeras-kerasnya budaya politik yang bersifat menghina, mencerca dan menekan pemimpin wanita yang berani dan berprinsip," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Tan, Fadhlina telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memperjuangkan agenda pendidikan yang inklusif, progresif dan berteraskan nilai keadilan sosial, sekali gus membawa hala tuju baharu kepada sistem pendidikan negara.
"Kami berdiri teguh di belakang YB Menteri dalam usaha memperkasa sistem pendidikan negara," tegasnya.
Beliau turut menyeru agar Fadhlina agar tidak tunduk kepada tekanan tidak berasas dan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tekad serta keberanian.
"Kami menyeru agar YB Menteri tidak tunduk kepada desakan yang tidak berasas, sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab dengan tekad dan keberanian," ujar Tan.
Tambahnya lagi, reformasi pendidikan yang bermakna memerlukan ketegasan, kesabaran, dan sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk akar umbi.
"Kami percaya bahawa reformasi pendidikan memerlukan ketegasan, kesabaran dan sokongan berterusan daripada semua pihak, khususnya dari akar umbi," katanya.
Tan menegaskan KEADILAN Cabang Kuantan akan terus berdiri teguh bersama Menteri dalam membawa perubahan yang lebih adil dan menyeluruh untuk masa depan pendidikan negara.









Comments