top of page

KEADILAN Kuantan santuni ahli, baik pulih rumah



Oleh: Abdullah Zaid


Terkesan dengan cuaca monsun Timur Laut dan hujan lebat yang tidak menentu, KEADILAN Cabang Kuantan melancarkan program baik pulih atap rumah dalam kalangan ahli parti.


Ketua cabangnya, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, program itu digerakkan oleh Biro Kebajikan Cabang Kuantan bermula November lalu hingga Januari 2024.


"Program ini diadakan hampir setiap tahun menerusi kerjasama dengan Ahli Parlimen dan NGO-NGO tempatan seperti NGO Kuantan Prihatin, NGO IKRAM Pahang dan NGO Wanita Inspirasi Kuantan.


"Pihak Cabang berusaha mengenalpasti rumah-rumah ahli yang memerlukan penyelenggaraan dengan kerjasama 45 buah ranting di bawah Cabang Kuantan," katanya menerusi satu kenyataan.

Bumbung dan dinding yang telah dibaiki

Menurut beliau, antara kawasan tumpuan ialah sekitar DUN Tanjung Lumpur dan DUN Inderapura termasuk di kawasan-kawasan taman perumahan kos rendah dan di kampung-kampung.


"Program tahunan ini dilaksanakan terutama ketika menghadapi musim tengkujuh yang berlaku hujan lebat di sekitar Parlimen Kuantan.


"Diharapkan ia dapat meringankan kesusahan yang dihadapi oleh ahli-ahli parti," ujarnya.

Jelas Fakhrul, program yang dijalankan selama 3 bulan itu mendapat sambutan yang mengalakkan dalam kalangan penerima terutama golongan yang memerlukan.


Menurut seorang penerima bantuan, Wan Maisarah Wan Awang daripada Ranting KEADILAN Lorong Meranti Pak Mahat, bantuan seperti itu memberikan kelegaan kepada beliau sekeluarga yang mempunyai anak yang ramai dan tinggal di rumah yang mempunyai atap yang sudah bocor lagi usang.


Begitu juga pandangan seorang ahli dari Ranting KEADILAN Tanah Putih Baru, Mohamad Romagan yang berpandangan program baik pulih rumah itu amat baik dan beliau berterima kasih kepada kepimpinan Cabang Kuantan yang prihatin kepada kebajikan ahli-ahli parti.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page