top of page

KEADILAN Kuantan perkukuh jentera, tubuh ranting baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 10, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Cabang Kuantan menganjurkan majlis perasmian ranting baharu iaitu Tanah Putih Lama, baru-baru ini.


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi dalam ucapan perasmian ranting itu mengingatkan agar ketua ranting peka dengan perkembangan semasa Kerajaan Madani, di samping memanfaatkan segala inisiatif dan bantuan untuk membantu ahli-ahli yang berkelayakan serta kurang kemampuan.


"Di samping itu usaha mengukuhkan ranting sebagai pusat pengaruh akar umbi parti ditingkatkan dengan meningkatkan jumlah keahlian parti selain menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.


"Inisiatif kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Payung Rahmah termasuk Jualan Rahmah, Skim Perubatan Madani dan Bantuan Anak Bersekolah perlu dipastikan sampai dan dimanfaatkan oleh ahli dan rakyat," katanya.


Dalam pada itu, seramai 25 ahli ranting menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Cabang.


Selain itu, Ketua Ranting Tanah Putih Lama, Norbaizura Muda berkata, pelancaran ranting tersebut amat penting bagi mengukuhkan keberadaan ranting KEADILAN di kawasan berkenaan.


Oleh itu, beliau mengajak semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli ranting agar bersama menguatkan dan mengukuhkan parti dengan membantu kebajikan ahli-ahli dan masyarakat sekitar.


"Minta agar semua ahli bergabung tenaga di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti untuk tahun baharu 2024 ini," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page