top of page

KEADILAN Kuantan anjur sesi libat urus bersama belia Kg Pahang, Sg Soi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 13 hours ago
  • 2 min read
Fakhrul Anuar berucap dalam sesi libat urus bersama belia  Kampung Pahang dan Kampung Sungai Soi
Fakhrul Anuar berucap dalam sesi libat urus bersama belia  Kampung Pahang dan Kampung Sungai Soi

Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi mengadakan sesi libat urus bersama belia Kampung Pahang dan Kampung Sungai Soi dalam satu program santai yang berlangsung di sebuah kedai makan tempatan, baru baru ini.


Program tersebut bertujuan mendekati belia secara langsung, mendengar pandangan, isu semasa serta memberi penerangan mengenai inisiatif dan peluang yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan dan rakan strategik kepada golongan muda di DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur, Parlimen Kuantan.


Dalam sesi tersebut, Fakhrul Anuar berkongsi maklumat mengenai program pembangunan belia, peluang kerjaya, serta menggalakkan belia terlibat aktif dalam aktiviti komuniti dan program kerajaan MADANI. Beliau turut mengajak anak muda untuk bersama dalam gerakan reformasi dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat Kuantan sebagai platform memperjuangkan suara belia dan keadilan sosial.


"Pendekatan turun padang begini penting supaya kita faham apa yang anak muda fikirkan dan hadapi. Saya ajak anak muda yang mahu perubahan sebenar, sertai Keadilan. Di sini kita boleh salurkan idea, tenaga dan perjuangan untuk masa depan yang lebih baik," katanya.


Beliau turut menekankan kepentingan belia menjauhi aktiviti tidak berfaedah dan memanfaatkan platform yang disediakan untuk membina masa depan yang lebih baik.


Sesi yang berlangsung dalam suasana santai itu mendapat sambutan positif daripada belia yang hadir. Ramai yang mengambil peluang untuk bertanya soalan, berkongsi idea dan memberi maklum balas secara terus.


Program sebegini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuantan bagi memastikan suara belia didengari dan diberi perhatian sewajarnya.


Di dalam program ini, Fakhrul Anuar turut memaklumkan kerja-kerja naiktaraf gelanggang futsal Kampung Pahang sedang dilaksanakan. Beliau turut menyumbang kepada usaha membesarkan gelanggang silat kampung yang disertai anak-anak muda ini. Turut hadir di dalam perjumpaan ini ialah Naib Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Jeff Lee Chee Mun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page