top of page

KEADILAN Kuantan anjur pendaftaran PADU kepada penduduk



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Cabang Kuantan melakukan sesi pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan 4,000 penduduk di parlimen tersebut baru-baru ini.


Aktiviti turun padang itu turut melibatkan kerjasama Wanita Cabang Kuantan dan Pejabat Sekretariat Muafakat Sejahtera (PSMK) PPR Pinggiran Putra, Kuantan.


Ketua Cabangnya, Fakhrul Anuar Zulkawi berpandangan penyertaan agensi kerajaan dalam memastikan program PADU berjalan lancar sememangnya amat diperlukan.


"Agensi-agensi kerajaan seperti PSMK ini perlu dimanfaatkan bagi memastikan penyertaan meluas rakyat Malaysia untuk menjayakan pendaftaran PADU yang dijangka berakhir pada 31 Mac 2024 ini," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Wanita Cabang KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri memaklumkan sesi pendaftaran telah digerakkan sejak PADU mula dilancarkan bulan lalu bagi membantu agensi-agensi kerajaan dan komuniti-komuniti setempat bagi menjayakan inisiatif kerajaan itu.


"Kelengkapan pendaftaran seperti laptop, desktop dan tablet telah dibekalkan oleh Wanita Cabang Kuantan kepada para sukarelawan bagi memudahkan urusan pendaftaran," ujarnya.


Sementara itu, Penolong Pegawai PSMK Pinggiran Putra, Masitah menyifatkan musim cuti umum adalah waktu sesuai bagi penduduk untuk meluangkan masa ke pendaftaran PADU.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page