top of page

KEADILAN Kuantan anjur Back To School, 100 pelajar gunting rambut percuma

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 minutes ago
  • 2 min read

Program gunting rambut percuma di balairaya anjuran KEADILAN menjimatkan wang penduduk kampung
Program gunting rambut percuma di balairaya anjuran KEADILAN menjimatkan wang penduduk kampung

Sebagai usaha membantu pelajar membuat persiapan kembali ke sekolah bagi sesi akademik 2026, KEADILAN Kuantan baru baru ini telah menganjurkan program Back To School – Gunting Rambut Percuma di Balairaya Kampung Kuala Penor, dalam DUN Inderapura, Parlimen Kuantan.


Pengarah Program, Fakhrul Helmi Mohd Azhan berkata, penganjuran program ini bertujuan membantu Ranting KEADILAN Kampung Kuala Penor menggerakkan aktiviti kemasyarakatan, di samping meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.


"Program ini bertujuan membantu Ranting KEADILAN Kg Kuala Penor menggerakkan program bersama masyarakat di kampung ini di samping membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekolah untuk menikmati perkhidmatan gunting rambut secara percuma," katanya.

Fakhrul Anuar (berkopiah putih) dalam program usrah dan temu rapat Ranting KEADILAN
Fakhrul Anuar (berkopiah putih) dalam program usrah dan temu rapat Ranting KEADILAN

Selain perkhidmatan gunting rambut, penduduk kampung turut menerima manfaat perkhidmatan cuci gigi (scaling) yang disediakan oleh Jabatan Pergigian Daerah Kuantan menerusi kerjasama Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi.


Sementara itu, Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar berkata kerjasama erat antara Cabang dan Ranting perlu diperkukuhkan bagi memastikan pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI dapat disampaikan secara berkesan kepada rakyat di peringkat akar umbi.


"Kerjasama di antara Cabang dan Ranting perlu diperkukuhkan bagi memastikan pelbagai inisiatif dan bantuan Kerajaan Madani dapat dinikmati oleh rakyat," ujarnya.


Menurut beliau, Ranting KEADILAN Kampung Kuala Penor dipilih sebagai lokasi pertama program Back To School – Gunting Rambut Percuma sempena cuti sekolah akhir tahun, sebelum diperluaskan ke seluruh Parlimen Kuantan.


Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua 54 ranting dalam Cabang Kuantan akan digerakkan bagi memastikan penyertaan lebih meluas melibatkan anggota parti dan komuniti setempat.


Program tersebut turut dihadiri Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri; Ketua Srikandi KEADILAN Kuantan, Siti Samihah; Ketua AMK Kuantan, Hilmy Yakap; Naib Ketua KEADILAN Kuantan, Jeff Lee serta Ketua Ranting KEADILAN Kg Kuala Penor, Farid Ishak.


Seramai lebih 100 orang pelajar berjaya menerima perkhidmatan gunting rambut percuma melalui program berkenaan. Selain itu, satu kaunter bergerak KEADILAN Kuantan turut dibuka oleh Pasukan Setiausaha Pengelola Cabang bagi menerima aduan penduduk serta permohonan keanggotaan baharu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page