top of page

KEADILAN Kuala Selangor gotong royong cat rumah warga emas 100 tahun

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 1, 2021
  • 1 min read

ree

KEADILAN Cabang Kuala Selangor baru-baru ini bergotong royong mengecat dan membersih rumah seorang warga emas dikenali sebagai nenek Seerama yang berusia hampir 100 tahun dan tinggal berdua bersama anaknya Veerama di Ladang Bukit Panjang, Jeram.


Menurut Ketua Cabang Kuala Selangor, Juwairiya Zulkifli, gotong royong itu merupakan sebahagian daripada Program Rumah Ceria yang dianjurkan Cabang berkenaan bagi memperbaiki rumah penduduk B40 yang memerlukan.


"Inisiatif ini digerakkan oleh Wanita KEADILAN Cabang Kuala Selangor diketuai Cik Lanuga. Saya sebagai Ketua Cabang menyumbang dana RM1,000 bagi mengecat dan membaik pulih rumah nenek Seerama.


"Selain daripada itu kami bersama sukarelawan Cabang melakukan aktiviti mencuci rumah, memotong rumput di halaman serta membeli tikar getah, bantal, selimut dan sepasang baju baru untuk mereka," katanya.


Juwairiya yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati berharap semoga sumbangan dan ‘rumah baharu’ itu akan memberi keceriaan kepada nenek Seerama dalam meraikan Deepavali tidak lama lagi.



ree
Sukarelawan terdiri dari ahli KEADILAN cabang Kuala Selangor mengecat rumah nenek Seerama

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page