
KEADILAN Cabang Kuala Selangor tidak ketinggalan membuat laporan polis ke atas kecuaian bekas Perdana Menteri Najib Razak sehingga membebankan negara menghadapi tuntutan aset RM67 bilion dari waris Kesultanan Sulu.
Menurut Ketua Cabang Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam, bekas PM itu harus bertanggungjawab atas kegagalan dan kecuaian beliau semasa menjadi Perdana Menteri di antara Tahun 2013 hingga 2017 yang menjadi punca terhadap saman waris Kesultanan Sulu apabila menghentikan bayaran tahunan RM5,300 kepada mereka.
"Kita tidak boleh membiarkan Najib terus memutarbelitkan fakta dan menipu rakyat. Banduan Najib harus dihantar ke penjara.
"Di saat rakyat sedang bergelut dengan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup, aset negara bernilai bilion ringgit berisiko dilepaskan begitu sahaja. Kita tidak boleh biarkan kedaulatan negara terus diancam," katanya.
Thiban juga kesal kerana Najib masih mendapat layanan VVIP daripada kerajaan Malaysia biar pun beliau telah dijatuhi hukuman bersalah kepada korupsi dan pentadbirannya menyebabkan negara kini dalam keadaan sukar.
"Kalau kita lihat Najib, dia masih menggunakan perkhidmatan Facebook dia, admin yang dibayar. Walaupun ternyata dia curi berjuta ringgit namun dia masih menjadi VVIP kerajaan.
"Rasuah bukan budaya kita, semua agama tolak rasuah. Ia menjijikkan. Kita sebagai rakyat Malaysia kena bangkit dan tolak pemimpin rasuah dan penyamun ini.
"Jangan sesekali kita bagi mereka peluang untuk mentadbir negara ini," katanya.
Turut hadir pada petang semalam ialah Timbalan Ketua Cabang Sdr Yoong, Naib Ketua Cabang Sdr Faizal, Sdr Guna, Ketua AMK Sdr Siva, Ketua Wanita Sdri Nanthakumari dan seluruh saf kepimpinan Cabang Kuala Selangor
Comments