top of page

KEADILAN Kuala Ampang sumbang kerusi roda



KEADILAN Ranting Kuala Ampang, Selangor baru-baru ini menyumbang kerusi roda kepada Nanthini, seorang OKU sejak 10 tahun lepas akibat diserang penyakit misteri yang menjejaskan pergerakan seluruh badan.


Menurut Ketua Ranting Kuala Ampang, Patrick Ang, biar pun keluarga Nanthini mendapat bantuan OKU namun beliau memerlukan kerusi roda.


Oleh itu, Patrick yang juga Ketua Kampung Kuala Ampang menyumbangkan kerusi roda kepada pesakit malang itu.


"Walaupun mendapat bantuan OKU setiap bulan keadaan Nanthini yang semakin serius memerlukan bantuan kerusi roda. Pendapatan Sundar (ayah Nanthini) yang tidak menentu sebagai tukang kayu menyebabkan beliau tidak mampu membeli kerusi roda dan permohonan daripada JKM mungkin mengambil masa yang panjang.


"Sebab itu kami bersama anggota-anggota ranting KEADILAN berkunjung ke rumah Sundar untuk menghantar sumbangan makanan dan kerusi roda baru kepada Nanthini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page