top of page

KEADILAN Kota Raja buat laporan polis atas Najib



Laporan polis di seluruh negara ke atas Najib Razak kerana kecuaian menangani saman waris Kesultanan Sulu turut dibuat oleh KEADILAN Cabang Kota Raja, Selangor, petang semalam


Menurut Setiausaha Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin (gambar, dua dari kiri), laporan tersebut dibuat beliau bersama Ketua Cabang Kota Raja, Dr Gunaraj George.


"Saya bersama Dr Gunaraj George telah membuat satu laporan polis mengenai kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak yang telah menyebabkan negara berdepan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.


"Turut serta adalah pimpinan Cabang Kota Raja termasuk Wanita dan AMK serta NGO Khidmat Kota Raja," katanya.


Beliau berharap kertas siasatan akan dibuka terhadap Najib bagi memastikan penjawat awam tidak cuai dalam menjalankan tugas sehingga merugikan rakyat dan negara.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page