
Kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu beberapa hari lalu amat memprihatinkan apabila mangsa kehilangan rumah dan kedai yang menampung kehidupan keluarga.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, mangsa kebakaran di DUN Kota Lama itu perlu dibantu sementara mencari punca pendapatan lain atau kediaman baharu.
Sehubungan itu, beliau dan pimpinan KEADILAN Kota Bharu mengumpulkan sedikit dana membantu seberapa daya mangsa kebakaran tersebut.

"Saya bersama Ketua Penerangan Cabang saudara Abu Hamid Muhd dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang saudara Hafiz Kasasi melakukan ziarah kasih ke atas mangsa kebakaran di hadapan Masjid Pakistan dalam DUN Kota Lama itu.
"Kami membantu sekadar termampu meringankan bebanan. KEADILAN Kota Bharu terus bersama rakyat," katanya.
Kebakaran pada yang berlaku kira-kira 7.22 malam itu mengakibatkan 10 rumah kediaman dan empat rumah kedai musnah sekelip mata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
ความคิดเห็น