top of page

KEADILAN komited ketengahkan suara anak muda di PRN Sarawak


KEADILAN telah mencalonkan seramai empat anak muda dalam Pilihan Raya Ke-12 Negeri Sarawak kali ini.


Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak, Chiew Choon Man berkata, tindakan KEADILAN untuk mengangkat calon-calon muda jelas membuktikan parti ini sentiasa bergerak ke hadapan dan komited dalam menyuarakan suara anak muda sebagai pemimpin masyarakat.


"Antara calon yang dicalonkan kali ini ialah Setiausaha AMK Negeri Sarawak, saudari Norhafizah Binti Mohd Joharie yang bertanding di kerusi N.71 Bekenu dan Ketua Komunikasi AMK Negeri Sarawak, saudara Mohd Arwin Lim Bin Abdullah bagi kerusi N.57 Tellian.


"Norhafizah Mohd Joharie, 33 tahun, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sejarah) dari Universiti Malaysia Sabah, pernah bertugas sebagai guru sambilan dan kini memiliki kerjaya sebagai seorang kontraktor.

Mohd Arwin Lim Bin Abdullah, 33 tahun berlatar belakang pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Marin dan kini merupakan seorang ahli perniagaan di Tellian," katanya.


Selain itu, AMK Sarawak juga memberi sokongan penuh kepada pencalonan calon termuda dalam PRN Sarawak kali ini iaitu saudari Cherishe Ng Phuay Hui bagi kerusi N.11 Batu Lintang.


"Saudari Cherishe Ng Phuay Hui, 24 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan aktif dalam kerja-kerja aktivisme dan kemasyarakatan.


"KEADILAN juga turut mencalonkan saudara Mahmud Bin Epah di kerusi N.15 Asajaya. Beliau merupakan lulusan Diploma in Art and Design (textile design) UITM dan turut merupakan seorang usahawan," katanya.


Justeru, AMK Sarawak bersama-sama barisan jentera AMK yang lain akan membantu semua calon-calon muda KEADILAN dalam persiapan mereka menghadapi PRN pada 18 Disember 2021 ini.


"Kita meletakkan harapan yang tinggi kepada pengundi di Sarawak khususnya pengundi-pengundi muda untuk keluar mengundi pada 18 Disember 2021 ini dan menentukan hala tuju pentadbiran negeri Sarawak dengan memilih calon-calon muda dari KEADILAN sebagai suara mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.


"AMK Sarawak berpandangan bahawa anak-anak muda hari ini sudah cakna politik dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk menjaga masa depan negara.


"Justeru, keputusan meletakkan barisan pemimpin muda pada pilihan raya kali ini memberi harapan baru kepada masa depan politik negeri Sarawak.


"Berbezanya KEADILAN dengan parti lain khususnya GPS yang sebelum ini Barisan Nasional yang tidak memberi ruang kepada anak muda malah sanggup memperlekehkan peranan anak muda dalam kenyataan pemimpin mereka baru-baru ini.


"Malah tindakan GPS yang sanggup membatalkan darurat lebih awal untuk mengadakan pilihan raya negeri kali ini bagi memastikan UNDI18 tidak sempat dilaksanakan dalam pilihan raya kali ini harus diajar dalam pilihan raya kita kali ini.


"AMK Sarawak merayu kepada pengundi-pengundi untuk memberikan sokongan dan undi anda kepada calon-calon muda kita dari KEADILAN demi memastikan suara anak muda Sarawak dibawa ke DUN Sarawak. Setiap undi kita penting untuk masa depan Sarawak tercinta," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page