top of page

KEADILAN Kluang ziarah pesara polis hidapi sakit tua

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 26, 2021
  • 1 min read


Sempena Hari Polis semalam, KEADILAN Kluang menziarahi pesara polis Haji Abdul Wahab yang berusia 88 tahun dan mengalami sakit tua di kediamannya.


Menurut Ketua Penerangan Cabang Kluang, Johan Arif Md Yusof, kunjungan mereka disambut ramah oleh isteri dan anak Abdul Wahab. Mereka bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.


"Kami beri sumbangan berupa barangan makanan, kain pelikat dan pampers dewasa.


"Terima kasih kepada para penyumbang terutama SV Prohealth Pharmacy yang menyumbang pampers tersebut," katanya.


Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Cabang Kluang saudara Kalytas, Naib Ketua Cabang saudara Mathiwanan, saudara Zakaria, Teh Ben Siang, Mumurty dan saudara Jaafar dari Jingga13 Kluang.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page