
KEADILAN Cabang Kluang bersama NGO Jingga 13 baru-baru ini menyumbang bantuan kepada dua keluarga yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Menurut Setiausaha KEADILAN Kluang, Jaafar Matek, sumbangan itu disampaikan kepada keluarga Pauziah Shariff di Taman Saujana dan Norhanita Tukimin di Taman Kluang Barat.
"Sumbangan barangan makanan dihulurkan daripada YB Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol yang menyediakan barangan keperluan harian," katanya.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Cabang Kluang saudara Kalytas dan Naib Ketua Cabang, saudara Zakaria.
Turut hadir Jaafar, Rosli dan Johan dari NGO Jingga 13.
Comments