top of page

KEADILAN Kluang sampaikan bantuan Deepavali

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 1, 2021
  • 1 min read


Sempena menyambut perayaan Deepavali, KEADILAN Cabang Kluang, Johor menyampaikan bantuan kepada masyarakat keturunan India yang kurang bermasib baik.


Menurut Ketua Penerangan Cabang, Johan Arif, bantuan itu disampaikan kepada 46 keluarga di DUN Mahkota.


"Tidak lama lagi kaum India akan menyambut perayaan Deepavali dan di kesempatan ini KEADILAN Cabang Kluang menyampaikan sumbangan kepada 46 keluarga di kawasan DUN Mahkota.


"Semoga dengan pemberian barangan ini dapat membantu mereka untuk menyambut ketibaan hari Deepavali yang akan menjelma tidak lama lagi," katanya.


Beliau mengucapkan penghargaan kepada ADUN Mahkota, Mohamad Said Jonid yang menyumbangkan barangan tersebut.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page