top of page

KEADILAN Kluang, Pekasih agih bantuan akhir Ramadan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 13, 2021
  • 1 min read

KEADILAN Cabang Kluang dan NGO Pekasih Johor mengagihkan bantuan akhir Ramadan kepada masyarakat yang memerlukan semalam, pada hari terakhir Ramadan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kluang, Johan Arif Md Yusof, mereka mengambil inisiatif mengedarkan ayam segar untuk dimasak oleh penduduk menjelang Hari Raya Aidilfitri.


"Program ini dihadiri oleh saudara Jaafar dan Shahrul Anuar dari Pekasih Johor bersama-sama saudara Kalytas, Ketua Cabang Kluang. Program berjalan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.


"Terima kasih kepada YB Mohamad Said Jonit, Adun Mahkota yang prihatin dengan menyumbang ayam segar tersebut," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page