top of page

KEADILAN Kluang lawat pesakit tumor otak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 8, 2021
  • 1 min read

KEADILAN Kluang melawat seorang pesakit tumor otak, Sheikh Hafiz Aiman, 15 tahun.


Menurut Ketua Penerangan Cabang Kluang, Johan Arif Md Yusof, adik Hafiz hanya dikesan penyakitnya baru-baru ini.


"Sheikh Hafiz Aiman, 15 tahun mengalami penyakit tumor otak yang baru sahaja dapat dikesan awal bulan April tahun ini.


"InshaAllah, Keadilan Kluang akan cuba membantu meringankan bebanan keluarga tersebut," katanya.


Turut serta dalam lawatan di rumah Sheikh Zainal Abidin di Taman Permata 1, Kluang itu ialah Ketua Cabang Kluang, saudara Kalytas bersama-sama YB Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang, YB Mohamad Said Jonit, Adun Mahkota dan Setiausaha Cabang Kluang, saudara Jaafar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page