KEADILAN Kluang dan NGO Persatuan Demi Masyarakat Kluang baru-baru ini berganding bahu bergotong royong membersih dan membaikki rumah seorang warga emas.
Menurut Ketua Penerangan Cabang Kluang, Johan Arif Md Yusof, warga emas Puan Siah, 86, yang tinggal bersama anaknya Rokiah, 61, perlu dibantu kerana rumah mereka mengalami kerosakan disamping mereka tiada pendapatan tetap.
"Selain mengemas dan membasuh rumah, kami juga mengecat dan membaiki kerosakan yang terdapat dalam rumah tersebut. Kami turut membeli tikar getah, rak barang-barang dan menukar tilam yang telah usang.
"Bahagian belakang rumah Puan Siah dirobohkan dan menunggu masa yang sesuai untuk dibina yang baru, juga akan membaiki pendawaian dalam rumah tersebut.
"Koordinator Jingga13 Kluang, saudara Jaafar berusaha untuk mendapatkan dana tambahan dibantu oleh YB Chew Chong Sin bagi membaiki bahagian belakang rumah Puan Siah yang dianggarkan menelan kos RM4,000 lebih," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, KEADILAN Kluang mengucapkan terima kasih kepada aktivis KEADILAN yang menjayakan program.
Turut hadir dalam gotong royong itu adalah Ketua Cabang Kluang saudara Kalytas, saudara Nallatamby dari Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Kluang serta sukarelawan Pejabat Parlimen Kluang dan sukarelawan Pejabat ADUN Mengkibol.
Comments