KEADILAN Cabang Kluang dan NGO Jingga 13 baru-baru ini memberi sumbangan barang keperluan harian kepada seorang warga emas, Rokiah Hussein di Taman Desa Kluang.
Menurut Ketua Penerangan Cabang, Johan Arif bin Md Yusof, Rokiah tinggal bersama anak perempuannya dan seorang cucu perempuan.
"Sedih melihat keadaan rumah beliau yang tidak terurus dan keadaan dapurnya yang telah rosak teruk.
"Insya Allah, KEADILAN Kluang akan berkerjasama dengan ADUN Mengkibol untuk menganjurkan satu program gotong royong membersihkan rumah Puan Rokiah dalam masa terdekat," katanya.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas ADUN Mengkibol, Chong Hwa dan Daisy yang menyampaikan sumbangan wang tunai dari YB Chew Chong Sin
Sumbangan juga disediakan NGO Jingga 13 Kluang. Pimpinan KEADILAN setempat saudara Kalytas, Ketua Cabang Kluang, saudara Jaafar, dan wakil Jingga 13 Kluang turut hadir.
Comments