top of page

KEADILAN Kluang bantu warga emas bina dapur

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 4, 2021
1 min read


KEADILAN Kluang berjaya membantu seorang warga emas membina semula dapur yang telah usang.


Menurut Ketua Penerangan Cabang Kluang, Johan Arif Md Yusof, program gotong royong di rumah Siah Kassim, 85, itu dilakukan dalam beberapa hari sejak 30 Mac lalu.


"Kita telah menyimen, memasang paip dan memasang bumbung baharu di rumah makcik Siah

Dapur makcik Siah sebelum dibina semula

"Akhirnya program baik pulih rumah warga emas tersebut berjalan dengan lancar dan mengembirakan warga emas tersebut.


"Anggaran kos program tersebut adalah sebanyak RM6000 lebih," katanya.


Johan mengucapkan terima kasih kepada NGO Jingga 13 yang mendapatkan sumbangan daripada Insaf Malaysia sebanyak RM3,000 dan Pejabat ADUN Mengkibol sebanyak RM2,000.


Manakala Ahli Parlimen Kluang menyumbang pemasangan pendawaian elektrik dan AJK KEADILAN Kluang menyumbang derma RM640.


Turut hadir dalam gotong-royong hari terakhir adalah YB Chew Chong Sin, YB Wong Shu Qi, Ketua Cabang Kluang, Sdr Kalytas dan wakil Jingga 13.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page