top of page

KEADILAN Kluang anjur pertandingan bowling

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 18, 2020
1 min read


KEADILAN Kluang berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling Sayangi Kluang, Piala YB Wong Shu Qi baru-baru ini.


Pertandingan yang dianjurkan pada bulan lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Johor itu disertai seramai 26 peserta lelaki dan 26 peserta perempuan.


Menurut Penyelaras Program yang juga Setiausaha Cabang Kluang, Jaafar Matek, penganjur terpaksa menolak lebih banyak penyertaan kerana faktor SOP PKP Pemulihan.


"Pertandingan Bowling Sayangi Kluang bermula lebih kurang pukul 3 petang dan berakhir pukul 5 petang.


"Penyampaian hadiah disampaiksn oleh Sandra Tang, wakil YB Wong Shu Qi, Napsiah Khamis, Ketua Wanita Johor; Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan Nallatamby, Timbalan Ketua Cabang," katanya.


Cabang Kluang mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang bagi menjayakan program Bowling Sayangi Kluang seperti YB Wong Shu Qi, YB Muhammad Said Jonit, Napsiah Khamis, Mohammad Haiqal, Nallatamby, Mathiwanan, Teh Ben Siang dan Jyanti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page