KEADILAN kenal pasti ejen tawar MP lompat parti



KEADILAN telah mengenal pasti beberapa individu yang bertindak sebagai ejen yang dipercayai terdiri daripada bekas pemimpin dan ahli parti itu yang keluar parti atau dipecat sebelum ini.


Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendakwa ejen tersebut membuat tawaran kepada ahli Parlimen KEADILAN supaya lebih ramai wakil rakyatnya meninggalkan parti itu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Katanya lagi, ahli-ahli Parlimen turut dimomokkan dengan persepsi kononnya KEADILAN tiada masa depan dalam politik negara ini.


“Beberapa ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dihubungi pihak tertentu yang memujuk mereka supaya tinggalkan KEADILAN kononnya parti ini tiada masa depan cerah,” katanya.


Tambah Johari, ejen berkenaan berkemungkinan diarahkan untuk menjadi orang tengah dengan menghubungi bekas rakan dalam parti untuk mengukuhkan lagi majoriti PN di Parlimen.


“Ada daripada ejen terbabit yang telah lompat parti dan menjadi sub ejen dan hubungi kawan-kawan ajak lompat masuk PN,” katanya.


Malah, katanya, KEADILAN juga mendapati kebanyakan pemimpin yang lompat parti telah diberikan kata dua oleh individu berpengaruh.


“Hasil siasatan, mereka yang didekati ada masalah tertentu dan sekiranya tidak bersama PN akan dikenakan tindakan atau pendakwaan, contohnya Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang telah dibuka kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.


Johari berkata, pihaknya berharap SPRM kekal telus dan tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik pihak tertentu.


“Kami tak mahu agensi kerajaan seperti SPRM digunakan untuk tujuan politik. Kalau SPRM nak siasat, biar semua yang terlibat disiasat, jangan selektif,” katanya.


Pihaknya berharap kerajaan PN memberi tumpuan sepenuhnya kepada masalah negara seperti wabak Covid-19, berbanding cubaan memancing ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong PN.


“Ini adalah suatu tindakan yang tidak bermaruah,” katanya.


Johari turut mengesahkan bahawa KEADILAN sudah memfailkan surat saman terhadap individu yang melompat parti untuk diambil tindakan di mahkamah.


“Mereka harus faham bahawa surat yang dihantar itu menuntut mereka membayar RM10 juta kerana menggunakan lambang parti, bukan sebab lompat. Ini kerana penggunaan lambang KEADILAN itu yang menyebabkan mereka menang pilihan raya umum,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER