top of page

KEADILAN Kemaman sukses agih program bantuan banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 18, 2023
  • 1 min read

ree

Banjir besar yang telah surut di Pantai Timur meninggalkan keperitan kepada keluarga mangsa yang terlibat, terutama kerosakan dari segi peralatan rumah.


Bagi KEADILAN Cabang Kemaman bantuan dalam segala bentuk perlu diberi kepada mangsa terlibat.


Sehubungan itu, pada 14 Januari lalu KEADILAN Cabang Kemaman bersama Wanita KEADILAN Kemaman telah mengadakan program sumbangan bantuan banjir kepada beebrapa keluarga.


"Ini adalah program sulung Cabang dan Wanita KEADILAN Kemaman pada tahun ini. Program ini berlangsung di dua buah kampung di dalam DUN Chukai iaitu Kampung Bukit Mentok dan Kampung Pengkalan Pandan.


"Program pada kali ini diketuai oleh barisan kepimpinan wanita Cabang Kemaman yang terdiri daripada Timbalan Ketua Wanita Cabang Harmawilis Diar dan juga AJK Wanita Cabang," kata Biro Komunikasi dan Penerangan Kemaman dalam kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, pihak KEADILAN Kemaman mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor yang telah menyumbangkan dana bagi menjalankan program sumbangan mangsa banjir berkenaan.


"KEADILAN Kemaman akan terus mengorak langkah menyantuni akar umbi dan juga terus komited menyokong dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page