KEADILAN Kemaman santuni pengundi luar bandar DUN Air Putih



KEADILAN Cabang Kemaman menyantuni pengundi luar bandar dalam gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Kemaman, siri jelajah Ketua Cabang mula digerakkan ke seluruh Cabang dalam parlimen Kemaman.


"Kali ini satu perjumpaan antara Ketua Cabang, Tn Hj Mohd Nazri bersama ahli KEADILAN di Kampung Jenang dalam DUN Air Putih telah diadakan.


"Dalam pertemuan ini juga semua yang hadir bersetuju untuk menubuhkan Ranting dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) pekan Air Putih bagi melicinkan lagi gerak kerja KEADILAN Kemaman di peringkat akar umbi," kata kenyataan itu.


Turut Hadir dalam pertemuan tersebut adalah AJK Cabang iaitu, Zainuddin dan Zakaria.


KEADILAN Kemaman berharap akan mencapai kemenangan dalam PRU 15 untuk mengulangi pencapaian pada PRU 1999 apabila Almarhum Abdul Rahman Yusof menang di parlimen tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER