top of page

KEADILAN Kemaman masih utuh biar ada keluar parti



Menjelang hari pengundian taktik meninggalkan parti menjadi mainan sesetengah pihak.


Namun menurut Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, isu keluar parti melibatkan Timbalan Ketua Cabang (TKC) semalam tidak akan menjejaskan persiapan jentera pilihan raya yang telah diatur rapi.


Menurutnya, keputusan TKC itu tidak sedikit pun melemahkan KEADILAN Kemaman ketika ini.


"Merujuk kepada kenyataan media meninggalkan KEADILAN dan menyertai Umno yang dibuat oleh bekas TKC Kemaman Che Meriah Che Endut bersama suami dan penyokong beliau, KEADILAN Cabang Kemaman ingin menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan keputusan peribadi beliau dan tidak ada sebarang hubungan rasmi dengan pihak KEADILAN Cabang Kemaman.

Ahmad Nadhir Yob

"KEADILAN Kemaman menyatakan secara jelas bahawa kepentingan parti dan organisasi adalah lebih tinggi daripada kepentingan peribadi dan sekelompok kecil ahli parti yang tidak memahami tatakelola dan displin parti," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Ahmad Nadhir menegaskan KEADILAN Kemaman teguh menyokong calon Pakatan Harapan, Hasuni Sudin dalam misi merampas kerusi parlimen Kemaman buat kali kedua selepas PRU 1999.


"KEADILAN Kemaman menyokong penuh calon PH saudara Hasuni Sudin dan akan menggerakkan jentera pilihanraya di seluruh Pusat Daerah Mengundi Kemaman bagi memenangi PRU kali ini


"KEADILAN Kemaman sentiasa utuh dengan disiplin parti dan akan terus mengukuhkan organisasi cabang serta parti," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page