top of page

KEADILAN Kemaman kecam doa laknat PM, TPM



KEADILAN Kemaman mengecam pihak tertentu yang menyebarkan di media sosial doa laknat ke atas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang tersebar di media sosial.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, doa laknat ke atas sesama penganut Islam bukanlah sebahagian daripada ajaran Rasullullah S.A.W apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini.


Katanya, doa seperti itu adalah amalan puak khawarij yang berniat memecah belahkan umat Islam.


"KEADILAN Kemaman membidas sekeras-kerasnya penularan pesanan ringkas mengandungi unsur-unsur doa laknat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di aplikasi whatsapp sekitar daerah Kemaman.


"Pesanan yang tular di dalam kumpulan aplikasi whatsapp sekitar daerah Kemaman ini meminta pihak yang menerima pesanan supaya mengadakan solat hajat dan berdoa mirip seperti doa Rasullah S.A.W terhadap Abu Jahal ketika Rasullah dibaling dengan najis unta oleh Abu Jahal


"Perbuatan mendoa laknat terhadap pemimpin negara yang telah dipilih secara sah adalah isyarat bahawa pemikiran neo khawarij semakin menular dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.


Pemikiran khawarij, kata Ahmad Nadhir, tidak wajar dijadikan ikutan dalam kalangan umat Islam Malaysia yang berfahaman sederhana dan menghormati masyarakat berbilang kaum.


Beliau juga menasihati rakyat agar menjauhi golongan 'berpolitik melampau' yang tidak mengira tindakan mereka boleh menyebabkan huru hara dan ketidakstabilan.


"Pemikiran neo khawarij yang semakin menular adalah satu barah yang begitu serius kepada masyarakat.


"KEADILAN Kemaman secara konsisten menolak fahaman ini dan mengajak setiap lapisan masyarakat supaya berganding bahu untuk memastikan fahaman itu dihapuskan dengan segera," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page