top of page

KEADILAN Kemaman jalin kerjasama strategik bersama NGO

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 7, 2023
1 min read


KEADILAN Kemaman terus mengorak langkah memperkukuh kerjasama strategik bersama NGO tempatan bagi menyebar luas gerak kerja di lapangan.


Terbaharu menurut satu kenyataan, Pertubuhan Amal Ikatan Setia Terengganu (PAIS) telah mengadakan program berbuka puasa dan agihan sumbangan Ramadan bersama KEADILAN Kemaman.


"Pihak KEADILAN Kemaman mengucapkan terima kasih kepada NGO PAIS kerana sudi menjemput pihak KEADILAN untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.


NGO dan pemimpin KEADILAN berbuka puasa bersama

"KEADILAN Kemaman sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam menyantuni akar umbi dan juga meluaskan jaringan bagi melicinkan gerak kerja parti selaras dengan gagasan Malaysia Madani," kata kenyataan Biro Penerangan dan Komunikasi Kemaman.


Program berbuka puasa itu berlangsung di Restoran Palong Jenang, di Kampung Air Putih, Kemaman dan mendapat sambutan baik dari kehadiran ahli PAIS yang datang sambil bertukar tukar pendapat untuk memperkasa gerakan membantu penduduk setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page