KEADILAN Cabang Kemaman telah membuka pejabat baharu di Jalan Air Putih, Kemaman
Menurut kenyataan KEADILAN Kemaman, pejabat di lokasi strategik itu akan memudahkan orang ramai untuk mengadu sebarang masalah.
"KEADILAN Kemaman hari ini melahirkan rasa sukacita dan bangga dengan pembukaan pejabat baru Cabang Kemaman.
"Pejabat ini akan beroperasi di bangunan bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Kemaman. Kedudukan pejabat yang strategik diharap mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat ahli parti dan masyarakat setempat," kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, pembukaan pejabat baharu tersebut juga merupakan tanda penerimaan masyarakat terhadap perjuangan KEADILAN.
"Ia memberi isyarat bahawa parti ini semakin diterima masyarakat dan mampu memberi saingan kepada parti lawan seterusnya memenangi kerusi parlimen dan DUN yang ditandingi.
"Pihak Cabang Kemaman sentiasa mengalu-alukan kehadiran penduduk ke parti untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pihak KEADILAN," kata kenyataan itu lagi.
Alamat rasmi pejabat baharu itu ialah di PT 21057 Jalan Kenanga, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu.
Comments