top of page

KEADILAN Kemaman anjur sambutan menjelang Tahun Baharu Cina

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 2, 2024
  • 1 min read

ree

KEADILAN Cabang Kemaman baru baru ini menganjurkan sambutan menjelang Tahun Baharu Cina yang dihadiri pemimpin Pakatan Harapan, UMNO dan masyarakat setempat.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, sambutan itu menjemput ADUN Kajang, David Cheong (gambar atas, tiga dari kanan) bagi merasmikan majlis.


ree
Penduduk tempatan menghadiri jamuan

Menurut Ahmad Nadhir, David Cheong dalam ucapannya berpesan agar ditingkatkan semula kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan bagi memberi peluang pekerjaan kepada generasi muda.


"Ucapan YB David, dia menggalakkan supaya ada lebih banyak peluang ekonomi dibuat di kampung tradisi Air Jernih. Menggiatkan balik kegiatan ekonomi sebab ada penduduk beritahu YB orang tua sahaja yang masih tinggal, orang muda dah tak ada


"Cadangan YB agar ditingkatkan sumber ekonomi, sebagai contoh aktiviti pelancongan kerana di sekitar itu ada air terjun dan eko-pelancongan juga boleh dibuat," katanya.


Turut hadir dalam majlis tersebut ketua cabang seluruh negeri Terengganu dan bekas calon UMNO DUN Kemasik dalam pilihan raya negeri Ogos 2023 lalu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page