Penganjuran program bola sepak penalti oleh KEADILAN Cabang Kemaman, Terengganu baru baru ini merupakan usaha berterusan bagi menyantuni golongan belia.
Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, pertandingan tersebut penting bagi menggalakkan aktiviti sukan dan penyatuan gerak kerja belia Pakatan Harapan dan Umno di Kemaman.
"Penyertaan amat menggalakkan dengan sekitar 90 pasukan merupakan terlibat dan merupakan satu isyarat yang baik atas penerimaan dan keberadaan KEADILAN Kemaman, khususnya bagi masyarakat daerah ini.
"Dengan kehadiran kepimpinan UMNO Kemaman ia telah memeriahkan program, juga menjadi satu petanda kerjasama dan kesefahaman yang semakin erat di antara KEADILAN Kemaman dan UMNO Kemaman.
"KEADILAN Kemaman akan terus fokus kepada kerja-kerja pemerkasaan akar umbi khususnya bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Program belia itu dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua UMNO Kemaman Datuk Wan Ahmad Nizam beserta kepimpinan UMNO bahagian Kemaman.
Comments