top of page

KEADILAN Kemaman agih juadah buka puasa sekitar bandar Chukai

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 9, 2023
1 min read


KEADILAN bersama Wanita KEADILAN Kemaman baru baru ini menganjurkan program agihan makanan berbuka puasa di sekitar pusat bandar Chukai.


Program tersebut dihadiri oleh pimpinan KEADILAN Kemaman dan Wanita KEADILAN Kemaman yang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada peniaga, pekerja, golongan muda dan juga masyarakat sekitar bandar Chukai.


"Pihak pimpinan juga meluangkan masa menyantuni peniaga di sini dalam mengeratkan hubungan KEADILAN Kemaman dan komuniti setempat.


"KEADILAN Kemaman sentiasa komited dalam mengeratkan hubungan bersama komuniti dalam mencapai visi dan misi Malaysia Madani khususnya kepada penduduk Daerah Kemaman," kata kenyataan Biro Komunikasi Penerangan

Keadilan Cabang Kemaman.


Pada awal April lalu, KEADILAN Kemaman menganjurkan program berbuka puasa dan agihan sumbangan bakul makanan kepada golongan B40


Program tersebut berlangsung di restoran Layali Al-Arab bertempat di pusat bandar Chukai, Kemaman.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page