top of page

KEADILAN keluarkan duit syiling kenangan 25 tahun penubuhan parti

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 26, 2023
  • 1 min read


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengeluarkan duit syiling kenang kenangan sempena ulang tahun ke 25 penubuhan parti pada tahun hadapan.


Menurut Pengerusi Sambutan 25 Tahun KEADILAN, Wong Chen, duit syiling tersebut boleh mula ditempah pada tahun ini dan anggota akan mendapatkannya menjelang sambutan Jubli Perak KEADILAN pada Mei 2024.


"Tahun depan tahun Jubli Perak KEADILAN, satu milestone yang sangat penting. Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang lalu presiden melantik saya sebagai Pengerusi Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 25


"Oleh itu, hari ini saya dengan gembiranya memperkenalkan duit syiling kenang kenangan bersempena ulang tahun ke 25 KEADILAN hasil design syarikat piuter paling terkemuka di dunia Royal Selangor.


"Harga RM100 untuk (syiling) piuter, boleh ditempah mulai hari ini sampai akhir tahun ini.


"Coint ikonik emas pula berharga RM500," katanya dalam Kongres Nasional KEADILAN 2023 pagi ini.

Syiling kenang kenangan 25 tahun KEADILAN

Menurut Wong Chen, tiga reka bentuk telah diserahkan kepada presiden parti berdasarkan imej awal ucapan Reformasi pada 1998.


Presiden, katanya, telah memilih imej beliau berucap pada himpunan mega reformasi di Masjid Negara pada 20 September 1998 sebagai reka muka duit syiling berkenaan.


Wong Chen berharap syiling kenang kenangan itu akan mendapat sambutan dan dibeli terutamanya oleh pemimpin parti.


"Harap dapat beli coint ini kerana ini adalah sejarah kita. Akhir kata, presiden pesan MPP, Ketua Cabang, MP, ADUN kena beli (syiling) emas," kata Wong Chen bersahaja menutup ucapannya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page