top of page

KEADILAN Kelantan fokus cari tokoh agamawan, profesional baharu



KEADILAN Kelantan fokus untuk mencari bakat baharu pimpinan dari kalangan agamawan dan profesional bagi memperkukuh perjuangan parti itu di negeri Serambi Mekah tersebut.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad, sejak dilantik oleh Presiden pada 2022 menerajui Kelantan, fokus beliau adalah memperkukuh cabang dan ranting, mencari bakat pimpinan baharu dan membina rangkaian dengan masyarakat sivil di Kelantan.


Hal itu ditegaskan beliau usai pertemuan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama MPN Kelantan kelmarin.


"Semasa Konvensyen 25 Tahun KEADILAN April lalu, KEADILAN Kelantan mempunyai 60,356 anggota.


"Hasil usaha pimpinan MPN, AMK, Wanita, cabang dan ranting, Kelantan mencatat peningkatan anggota kedua tertinggi selepas Selangor.


"Anggota KEADILAN seluruh negara mencatat 1.15 juta anggota. Pun begitu, masih banyak penambahbaikan perlu bagi mengembalikan kegemilangan KEADILAN yang menang beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Kelantan antara 1999-2013," katanya.


Tambah Nik Nazmi, sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan Kelantan yang mana saudara-saudara beliau antara peneraju KEADILAN Kelantan 1999-2013, Nik Nazmi bertekad akan terus membantu mengukuhkan parti di negeri itu seiring dengan tugasnya sebagai Naib Presiden KEADILAN.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page