top of page

KEADILAN kehilangan seorang reformis terbaik

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 14, 2021
  • 1 min read

KEADILAN kehilangan seorang pejuang sejati yang membantu parti sejak sekian lama, iaitu Cikgu Ishamuddin Ismail.


Mantan Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat itu meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.


Dalam ucapan takziahnya, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan penghargaan terhadap jasa Allahyarham.


"Kami telah kehilangan seorang kader yang terbaik iaitu Haji Ishamuddin Ismail. Beliau adalah mantan Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat dan juga seorang reformis sejati.


"Mendoakan agar amalnya diterima, keluarganya tabah serta rohnya ditempatkan bersama mereka yang beramal soleh," katanya.


Selain Pengerusi Tetap KEADILAN pusat, Allahyarham juga merupakan Pengerusi Tetap KEADILAN Gombak dan Pengerusi Tetap Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page