KEADILAN Kampung Dock buat laporan polis terhadap kilang


Ahli Majlis Seberang Perai, Ooi Boon Sheng bersama Ketua Ranting KEADILAN Kampung Dock, Kalaiarrasan Raja Gopal telah membuat satu laporan polis berhubung kilang di Taman Nagasari.


Beliau berkata, beberapa kilang didapati telah memindahkan pekerja mereka yang tinggal di Taman Nagasari (kawasan PKPD) ke Kampung Dock sebelum PKPD dikuatkuasakan.


"Pada jam 7 petang semalam, PDRM telah mengambil tindakan menyiasat di rumah-rumah tertentu mengikut info yang dibekalkan oleh kami.


"Lebih daripada 15 orang pekerja warga asing telah dihantar balik ke Taman Nagasari," katanya.


Pada masa sama, beliau menyifatkan pihak kilang-kilang bersikap tidak bertanggungjawab dan bertindak membelakangi keselamatan awam.


"Saya harap mereka yang telah melarikan diri dari kawasan PKPD boleh sedar bahawa kepentingan ini dan kembali ke Taman Nagasari supaya dapat memutuskan rantaian Covid-19 dan membantu KKM agar dapat buat saringan komuniti dengan cepat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER