top of page

KEADILAN kaji tindakan Muhyiddin menasihati Agong laksana darurat



Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen mengesahkan beliau bersama sekumpulan ahli guaman sedang mengkaji sama ada proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sah di sisi undang-undang dan mempunyai sebab yang munasabah.


Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang setelah mendapat maklumat dan perincian lebih lanjut.


Namun, katanya, tindakan itu bukanlah untuk menentang Yang di-Pertuan Agong sebaliknya lebih kepada mempertikaikan nasihat yang diberikan kepadanya.


"Kami ingin melihat siapa yang memberi nasihat buruk kepada Agong dalam membuat pengisytiharan darurat.


"Pandemik Covid-19 tidak termasuk dalam kehendak Artikel 150 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mengancam keselamatan, nyawa orang awam," katanya seperti dilaporkan Malay Mail.


Agong perkenan pengisytiharan darurat yang akan berlangsung sehingga 1 Ogos sehingga bilangan kes Covid-19 berada dalam keadaan terkawal.


Sebuah jawatankuasa bebas akan dibentuk yang terdiri daripada ahli parlimen kerajaan dan pembangkang dan pakar kesihatan bagi menentukan situasi negara dari semasa ke semasa.


Pengisytiharan itu berlaku sehari selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri bermula hari ini hingga 26 Januari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page