top of page

KEADILAN Johor wujudkan 'Command Centre' hadapi cuaca buruk, banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 2, 2022
  • 1 min read


Hujan yang berterusan di Johor dan beberapa kawasan rendah mula dinaiki air menyebabkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor menubuhkan ‘Command Centre’ bagi menyelaraskan proses membantu mangsa banjir.


Menurut kenyataan itu, Command Centre berkenaan bertempat di pejabat MPN Johor dan beberapa pimpinan negeri dilantik untuk mengendalikannya.


"MPN Johor mengikuti perkembangan dengan cermat, cuaca hujan yang berterusan di Johor yang boleh menyebabkan banjir di beberapa kawasan.


"Justeru, pada hari ini Command Centre bagi menangani isu banjir telah dibentuk dan bermesyuarat bagi menyusun gerakerja di seluruh Cabang cabang di Johor," kata kenyataan berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi, pengoperasian Command Centre akan dipecahkan kepada 4 Zon melibatkkan Utara, Timur, Tengah dan Selatan.


Pecahan kepimpinan seperti berikut:


Koordinator: Naim Jusri, Ketua Cabang Muar


Timbalan Koordinator: Zaini Ahmat, Timbalan Ketua Cabang Kulai


Zon Utara: Subramani a/l Chami, Ketua Cabang Pagoh


Zon Tengah: Kalytas a/l Chandrasan, Ketua Cabang Kluang


Zon Timur: Steven Chin, Ketua Cabang Kota Tinggi


Zon Selatan: Teoh Eng Yoon, Ketua Cabang Tebrau


Unit Sukarelawan: Mohd Fakharuddin Moslim (AMK) dan Siti Rasidah Rakidin (Wanita)


Unit Media: Firdaus Zainal


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page