KEADILAN Johor turun padang terang dasar kerajaan di Parit Yaani
- Redzuan Shamsudin

- Apr 26
- 1 min read

Usaha memperkukuh kefahaman rakyat terhadap dasar kerajaan terus dipergiat apabila KEADILAN Johor turun padang bersama Jabatan Penerangan Malaysia dan Komuniti MADANI Sri Gading di beberapa lokasi tumpuan awam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani.
Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim berkata, program tersebut bertujuan memberi penerangan secara langsung kepada masyarakat mengenai pelbagai dasar dan inisiatif kerajaan.
"Kita bersama Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dan Komuniti MADANI Sri Gading turun ke lapangan bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan di lokasi tumpuan orang awam," katanya dalam muat naik di media sosial.

Menurut beliau, pendekatan turun padang penting bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan secara terus kepada rakyat, sekali gus mengelakkan kekeliruan atau salah faham terhadap dasar kerajaan.
Program itu turut menjadi platform interaksi dua hala antara pemimpin dan masyarakat setempat, selain membuka ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu semasa.




Comments