top of page

KEADILAN Johor turun iringi calon N42 Melalap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 15, 2025
  • 1 min read
Pemimpin KEADILAN Johor termasuk DS Dr Zaliha turun mengiringi calon DUN Melalap, Jamawi Jaafar
Pemimpin KEADILAN Johor termasuk DS Dr Zaliha turun mengiringi calon DUN Melalap, Jamawi Jaafar

Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah hari ini menyaksikan kehadiran pimpinan KEADILAN dari Johor bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan-KEADILAN di N42 Melalap, Jamawi Jaafar.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim, beliau hadir mengiringi Jamawi ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom.


"Mengiringi calon Pakatan Harapan untuk DUN Melalap, Saudara Jamawi Jaafar ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom," katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial.


Fakharuddin berkata, kehadiran jentera dan pimpinan parti dari pelbagai negeri membuktikan komitmen teguh Pakatan Harapan kali ini untuk memastikan kemenangan di DUN Melalap.


Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan Jamawi, yang disifatkan sebagai calon berwibawa dan dekat dengan rakyat di kawasan tersebut.


Kempen dijangka berlangsung hangat dengan tumpuan diberikan kepada isu pembangunan luar bandar, peningkatan ekonomi tempatan serta penyelesaian masalah infrastruktur asas di kawasan pedalaman.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page