KEADILAN Johor terus perjuang aspirasi rakyat, fokus gerak kerja parti
- Hasbul Ahmad

- 8 minutes ago
- 1 min read

KEADILAN Johor menegaskan parti itu kekal utuh, tersusun dan terus komited memperjuangkan aspirasi rakyat meskipun terdapat beberapa individu yang meninggalkan perjuangan parti kebelakangan ini.
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gerak kerja KEADILAN di seluruh cabang berjalan seperti biasa dan terus diperkasakan bagi mendekati rakyat.
"Kejayaan penganjuran Konvensyen Pakatan Harapan 2026 turut memberikan suntikan semangat baharu selain mengukuhkan hubungan antara parti-parti komponen, khususnya di peringkat Pakatan Harapan Johor.
"Perjuangan KEADILAN tidak dibina atas sentimen kekecewaan individu atau cita-cita peribadi mana-mana tokoh. Obor perjuangan ini adalah rakyat, daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.
"KEADILAN Johor turut menegaskan bahawa fokus utama ketika ini adalah memperkukuh organisasi parti, memperluaskan gerak kerja penerangan serta memastikan agenda membela rakyat terus menjadi keutamaan dalam mendepani cabaran ekonomi dan sosial semasa," kata kenyataan tersebut.
Menurut MPN KEADILAN, rakyat akan menjadi penentu sebenar perjuangan reformasi yang telah mengakar di Johor sejak dua dekad lalu.
"Dalam masa sama, MPN KEADILAN Johor menyatakan keyakinan bahawa rakyat mampu menilai antara perjuangan yang berasaskan idealisme reformasi tulen dengan gerakan yang hanya bersifat sementara dan bermotifkan sentimen tertentu," kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, 17 anggota KEADILAN yang terdiri dari mereka yang tewas dalam pemilihan parti pada 2025 mengumumkan memilih haluan baharu dalam menentukan hala tuju politik di peringkat negeri Johor.




Comments