KEADILAN Johor sokong kempen 'Simulasi Pilihan Raya Pecat' Bersih 2.0 di Parlimen Tebrau


Kempen pengutan suara Simulasi Pilihan Raya Pecat (PRP) anjuran Bersih 2.0 untuk 'membuang' Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang mengumumkan keluar daripada KEADILAN untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas pada Februari lalu disokong oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Teoh Eng Yoon.


Dalam kenyataan bersama mereka berkata, pengkhianatan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong diibaratkan seperti pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan KEADILAN Johor akan memberikan kerjasama dalam kempen simulasi Bersih 2.0 tersebut.


"KEADILAN Johor memantau latihan simulasi ini yang akan dimulakan di P158 Tebrau, sebuah kawasan Parlimen yang dimenangi oleh KEADILAN pada Pilihan Raya Umum lalu sehingga Ahli Parlimen kita membelot dan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pada bulan Februari tahun 2021.


"Bagi kami pengkhianatan Steven Choong sama dengan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan sangat mengecewakan banyak pihak.


"Justeru, kami menyokong penuh inisiatif Bersih 2.0, yang bukan hanya bertujuan mengembalikan kepercayaan para pengundi terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya kita yang terhakis oleh tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, oleh bukan sahaja Ahli Parlimen Tebrau tetapi banyak yang lain sejak Langkah Sheraton, maka simulasi ini juga akan berfungsi sebagai mekanisme peringatan kepada mana-mana wakil rakyat bahawa niat khianat mereka akan menatijahkan akibat buruk daripada rakyat yang mereka wakili," kata kenyataan itu.


Kedua-dua pimpinan KEADILAN Johor tersebut mengharapkan latihan simulasi yang dilakukan Bersih 2.0 akan membuahkan kejayaan dan dapat diteladani serta dijadikan polisi oleh kerajaan yang akan datang bagi melenyapkan budaya lompat parti dari kamus politik Malaysia.


"Oleh yang demikian, kami berkomitmen penuh terhadap latihan ini dan akan menggerakkan anggota parti untuk membantu perkara yang sama.


"Kami berharap latihan Simulasi Pilihan Raya Pecat di Tebrau ini akan menjadi salah satu yang akan berjaya dan dapat ditiru bahkan diadopsi oleh pemerintah pada masa depan sebagai cara untuk meminta wakil rakyat bertanggungjawab kepada pengundi mereka, dan akhirnya memberikan kestabilan kepada lanskap politik kita," kata mereka lagi.


Menurut kenyataan Bersih 2.0 sebelum ini, proses PRP dilaksanakan melalui platform e-undi yang direka khas oleh rakan teknologi NGO berkenaan, ReGov Technologies.


Bersih 2.0 akan membuka petisyen untuk mengumpulkan sekurangnya 3% tandatangan pengundi berdaftar seperti dalam daftar pemilih semasa PRU14 lalu secara atas talian


Sekiranya ambang 3% telah dicapai, Bersih 2.0 akan menjadi hos kepada forum atas talian di mana pempetisten dan Steven Choong akan diberi peluang untuk menyatakan alasan mengapa beliau perlu dipecat atau dikekalkan.


Sekiranya MP tidak menerima tawaran tersebut, Bersih 2.0 akan bergerak ke peringkat PRP seterusnya di mana pengundi Tebrau boleh memberi undi YA untuk memecat Ahli Parlimen atau TIDAK untuk mengekalkan beliau. Tempoh pengundian adalah selama 30 hari dan semua pengundi berdaftar di P.158 Tebrau berhak untuk satu undi setiap seorang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER